Recent Comments
Disunting dari:
http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2296
Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1428H/2007M Disempurnakan Oleh SPB Yang di-Pertuan Agong
“Melalui Peristiwa Hijrah, ia mengajar kepada kita bahawa pembangunan sumber manusia adalah amat penting. Manusia yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang hidup berpaksikan kepada tauhid dan meyakini kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala serta mengekalkan kehidupan berdasarkan kepada fitrah dan tidak melampaui batas peraturan syariat Islam.”Titah ucapan yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tersebut jelas menggambarkan kepada kita bahawa Hijrah Rasulullah s.a.w. banyak memberikan pengajaran dan teladan untuk kita hayati dan amalkan dalam kehidupan seharian.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga menyeru supaya umat Islam mempunyai daya dan upaya memberikan pendapat, idea, berhikmah dan mempunyai daya juang yang konsisten. Hanya dengan bersikap demikian, kita mampu menganjak dan mengubah minda dan tindakan umat Islam bagi merubah keadaan yang ada sekarang kepada keadaan yang lebih baik. Krisis kemalasan, kelesuan dan kemunduran Ummah pada hari ini mampu diselesaikan apabila umat Islam menguasai ilmu, maklumat dan mempunyai sumber intelektual yang relevan dengan situasi semasa.
Sambutan Ma’al Hijrah Tahun 1428H/2007M telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Acara dimulakan dengan ucapan Y.B. Dato’ Dr. Abdullah Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Para pengunjung telah berpeluang mengikuti persembahan khas Ma’al Hijrah yang mengandungi; lagu dakwah, dialog, animasi dan multimedia yang digubah khas bagi menyampaikan mesej pembangunan modal insan berdasarkan tema tahun ini iaitu Insan Cemerlang Ummah Terbilang. Para artis yang telah mengambil bahagian dalam persembahan khas tersebut ialah Mawi, Aishah, Dr. Fadley, kumpulan nasyid Devotees, pelajar-pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul dan Kumpulan Adikku Sayang.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah berkenan mengurniakan Anugerah Penghargaan Ma’al Hijrah kepada dua orang penerima yang telah memberikan sumbangan cemerlang mengikut bidang kepakaran masing-masing dalam pembangunan Negara. Penerima Anugerah Penghargaan Ma'al Hijrah tahun ini ialah Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim, Ketua Eksekutif Johor Corporation dan Yang Amat Arif Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia merangkap Ketua Hakim Syarie Malaysia.
Tetamu kehormat lain yang turut hadir di majlis tersebut ialah Y.A.B. Perdana Menteri, serta beberapa orang menteri Kabinet bersama isteri masing-masing.
Pada 19 Januari 2007 di Masjid Negara pula telah diadakan majlis bacaan doa akhir tahun 1427H dan doa awal tahun 1428H. Sebelum itu, majlis Forum Ma’al Hijrah telah diadakan dengan tajuk ”Insan Cemerlang Ummah Terbilang”. Ahli panel terdiri daripada Y.Bhg. Ustaz Wan Sohor Bani Leman daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Y.Bhg. Ustazah Zawiah bt Hasan daripada Bahagian Penyelidikan, JAKIM.
Forum ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Zakaria Othman dari JAKIM. Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat. Turut hadir di Masjid Negara pada malam tersebut ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Y.A.B. Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri dan isteri, Menteri-menteri Kabinet dan Duta-Duta Asing.
Last edited by Cik Tini Jalil on 07 Mar 2007 07:31 pm; edited 4 times in total
Disunting dari:
http://jkim.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2222
Anugerah Juara NMI Ke 2 Sederhana Tetapi Meriah
Anugerah Juara NMI Kali ke 2 telah diadakan pada 9 Disember 2006 di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Dalam majlis yang diadakan hasil usaha JAKIM dengan kerjasama Anugerah Industri Nasyid Sdn. Bhd. (AIN) dan DBKL itu telah menyaksikan Kumpulan Far East telah dinobatkan sebagai Juara Daurah 10 NMI, sementara Asri Ibrahim dari Rabbani telah dianugerahkan sebagai Penyanyi Utama Nasyid Terbaik 2006.
Sebanyak 12 kategori anugerah telah diberikan kepada pemenang termasuk tiga anugerah diundi oleh penonton NMI melalui emel, faks, pos dan sms. Sementara itu lain-lain kategori telah diadili oleh juri profesional yang dilantik oleh pihak AIN.
Hadiah berupa trofi khas yang dicipta oleh pihak AIN telah disampaikan kepada pemenang-pemenang oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Hj. Sumali Amat, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan) RTM, Dato’ Adilah Shek Omar, Timbalan Ketua Pengarah DBKL dan wakil penaja.
AIN merupakan tulang belakang utama dalam membantu pihak JAKIM menerbitkan rancangan ini. Pengerusi AIN, Encik Zalikamari yang juga seorang pencipta muzik dan ahli perniagaan dari Zalikamari Group Of Companies merupakan orang yang diberi kepercayaan membantu dalam merealisasikan acara tahunan ini.
Anugerah ini dirakam sepenuhnya oleh pihak JAKIM dengan bantuan RTM dan teknikal DBKL. Siarannya dijangka akan ditayangkan di RTM 1 pada 20 dan 21 Januari 2007 sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun1428H/2006M.
Berikut adalah senarai lengkap pemenang-pemenang anugerah.
Kedudukan 5 dalam daurah
Juara- Far East( Nursyahadah)
2.Inteam(Segenggam Tabah)
3.Devotees(Tika Dinihari)
4.Mestica(Layar Keinsafan)
5.Nur Selawat (Tola albadru alaina)
Artis Nasyid Baru Popular : Munsyideen
Lirik Terbaik NMI 2006 : Jalan Sehala-Loloq/Saujana
Lagu terbaik NMI 2006 : Inspirasi-Aidit Alfian/Nowseeheart
Penyanyi Utama Terbaik NMI 2006 : Asri Ibrahim/ Rabbani
Artis Nasyid Popular 2006 : Inteam
Klip Video Terbaik NMI 2006 : Far East - Cinta Pertama
Persembahan Terbaik NMI 2006 : Rabbani
Anugerah Cemerlang( popular dan berbakti) : Hijjaz
Anugerah Gemilang(Album Terbaik) : Jalan Sehala-Saujana dan Nowseeheart
Anugerah Terbilang(Global) : Raihan
Anugerah Khas Juri( Nasyid Kanak-kanak) : AsSyakirin
Disunting dari:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
Devotees - Memuji Puteri Diana
Oleh Muzlina Abu Bakar
DEVOTEES - Sebuah lagi kumpulan nasyid muncul untuk mewarnai dunia seni tempatan dengan album sulung mereka yang berbeza daripada kumpulan nasyid lain iaitu berkonsepkan pop dakwah dan world music.
Album yang bertajuk Devotees dikatakan dapat menarik minat remaja hari ini kerana kepelbagaian irama dalam satu album iaitu world music, nasyid, rap, dance, R & B dan pop.
Devotees yang dianggotai oleh Adi Akmal Sehrom,19, (Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya dalam jurusan Sains Hayat), Abdul Halim Ahmad, 19, (Matrikulasi UIA dalam jurusan Kejuruteraan), Muhammad Mohd. Tawil, 20, (Kursus Kejuruteraan Kimia, UKM, Bangi) dan Ahmad Shauqi Abu Kassim, 20, (STPM) ditemukan dalam satu uji bakat DME Records yang juga penerbit album mereka.
Bagi Devotees, walaupun kemunculan kumpulan nasyid begitu banyak namun mereka berharap kehadiran mereka untuk memberi sumbangan kepada remaja hari ini akan tercapai.
"Terlalu banyak gejala sosial yang melibatkan remaja berlaku hari ini. Kami harap dengan irama dan lirik lagu-lagu kami akan dapat memberi kesedaran kepada remaja. Inilah sumbangan kami kepada remaja dan masyarakat,'' kata Adi Akmal.
Sebanyak sepuluh lagu diabadikan dalam album edaran NAR Records ini iaitu Tika Dinihari, Mencari Cinta, Mahar Cinta, Sahabatku, Alpha, Istana Kasih, Luahan Rindu, Hijrah Menuju Allah, Lament dan Tragedi Diana.
Menyentuh mengenai Tragedi Diana (lagu Putra Aiman dan lirik Ustaz Pahrol Md. Juoi) yang mungkin menimbulkan kontroversi kerana memuji kecantikan dan peribadi mendiang Puteri Diana, Abd. Halim berkata: ``Ia hanyalah ilham penulis lirik. Bukanlah kami mahu mengagung-agungkan mendiang Puteri Diana cuma sekadar mengambil iktibar apa yang berlaku dan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat dunia dalam kerja-kerja amal.''
Devotees mula dipasarkan semalam (26 Mei). Selain promosi album, Devotees juga akan mengadakan IPT Road Tour mulai 12 Julai hingga akhir September ini. Sementara pada 14 Jun, Devotees akan muncul pada Konsert Gema Jublee Emas Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang.
Last edited by Cik Tini Jalil on 07 Mar 2007 07:41 pm; edited 1 time in total
Disunting dari:
http://www.xfresh.com/v9/articles.asp?id=5656
DEVOTEES..by Raja Faraa
Sudah tiba masanya anda mengenali mereka...
Devotees dianggotai oleh 4 siswa yang sangat meminati nasyid. Mereka dipilih berdasarkan suara, minat dan personaliti. Pencarian anggota Devotees memakan masa yang lama bagi memastikan kemantapannya.
Nama asal Devotees ialah Devosi (Berasal dari devotion/kehambaan). Nama Devosi itu pula dipilih setelah menapis lebih kurang 40 nama lain. Akhirnya pada sebelum rakaman bermula, nama DEVOTEES dipilih, berdasarkan maknanya, senang sebutan dan nilai komersil. DEVOTEES membawa maksud PEMUJA, PENGGEMAR, PENYERAHAN.
Devotees dengan rasminya ditubuhkan pada pertengahan 2004. Ahli-ahli kumpulan ini juga telah melalui beberapa penapisan dan pilihan. Akhirnya hanya 4 sahaja yang terpilih.
Penubuhan DEVOTEES bukan bermotifkan keuntungan, populariti dan sebagainya. Juga bukan sekadar meramaikan, tetapi ada MISI tersendiri. Misi DEVOTEES adalah mudah: mahu berbakti dan menyeru kebaikan.
Devotees bernaung di bawah DME Records (M) Sdn Bhd dan merupakan 'pilot project' dan kebanggaan utama DME Records.
Last edited by Cik Tini Jalil on 07 Mar 2007 07:46 pm; edited 1 time in total
Disunting dari:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/7/19/central/14807408&sec=central'
Carnival to shed light on teaching method
By CHOW HOW BAN
THE Khalifah Institute and Khalifah Model School will organise the inaugural Khalifah International Children's Carnival 2006 from Aug 4 to 6 at Melawati Stadium in Shah Alam.
The public of all races are welcome to learn more about the Khalifah method of training programmes for parents, teachers, youth and children and raise funds for the institute for its charitable causes.
Among the programmes lined up for the event are a hi-tea concert, fun games, street soccer, graphic art scooter and car display competition, arts and craft activities, story-telling sessions, azan and nasyid competitions and workshops.
The concert features renowned local artistes like Nash, Xifu & Algebra, Far East, Devotees, Dayangku Intan and Mawardah.
Organising chairman Rosman Yahil said the committee aimed to set up 100 booths.
He said the main objective of the committee was to spread the Khalifah teaching and learning method as it had been proven successful for his children who were studying at the Khalifah Model School.
The Khalifah Model School is a private Islamic Integrated Primary School founded in January by the late Prof Dr Muhammad Al-Mahdi to serve as a demonstration project to showcase the full extent of the spiritual and academic growth children can make based on Khalifah method.
The school follows the full national curriculum and Dinniah courses (Arabic, Quran and Islamic studies). It currently has 32 pupils from Year 1 to 4.
Disunting dari:
http://www.suaramerdeka.com/cybernews/harian/0505/28/int5.htm
Putri Diana Jadi Sumber Inspirasi Lagu Nasyid
Kuala Lumpur, CyberNews. Pada 1997, di upacara pemakaman Putri Diana, penyanyi dan pemain piano kawakan Elton John menyuguhkan lagu Candle in the Wind.
Aslinya, lagu yang komposisinya dibikin oleh John dan liriknya ditulis oleh Bernie Taupin tersebut dicipta untuk mengenang legenda Hollywood Marilyn Monroe, yang meninggal pada 1962. Pertama kali lagu itu dimuat dalam album John Goodbye Yellow Brick Road (1973).
Di Inggris begitu. Di Malaysia, bertahun-tahun kemudian, Diana mendatangkan inspirasi bagi pembuatan sebuah lagu yang, bahkan, disajikan oleh salah satu grup nasyid sana. Pada Kamis lalu (26/5), di Kuala Lumpur, telah dirilis Devotees, album milik grup nasyid bernama Devotees. Salah satu lagu dalam album tersebut adalah Tragedi Diana.
Sesuai judulnya, lagu itu berkisah tentang mantan istri Pangeran Charles, pewaris tahta Kerajaan Inggris, tersebut. Komposisinya dibikin oleh Putra Aiman dan liriknya ditulis oleh Ustaz Pahrol Md Juoi.
Menghadapi kemungkinan munculnya kontroversi, karena liriknya memuji kecantikan dan kepribadian Diana, Abdul Halim Ahmad, salah satu dari empat personel Devotees menjelaskan bahwa Diana hanyalah merupakan sumber inspirasi. "Bukanlah kami mau mengagung-agungkan mendiang Putri Diana," tekannya.
Lanjutnya, Diana menjadi sumber inspirasi karena telah banyak melakukan kerja amal bagi masyarakat dunia.
Devotees, yang terdiri dari empat pria berusia 19-20, yaitu Adi Akmal Sehrom, Abdul Halim Ahmad, Muhammad Mohd Tawil, dan Ahmad Shauqi Abu Kassim, membidik pasar remaja. Lewat nasyid, dengan world music, rap, dance music, R&B, dan pop, mereka berniat menebar nilai-nilai positif bagi remaja.
"Terlalu banyak gejala sosial yang melibatkan remaja berlaku hari ini. Kami harap dengan irama dan lirik lagu-lagu kami akan dapat memberi kesadaran kepada remaja. Inilah sumbangan kami kepada remaja dan masyarakat," tutur Adi Akmal Sehrom.
Disunting dari:
http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2006/1/13/movies/13095330&sec=movies
Waheeda determined to help nasyid stay alive
Waheeda: ‘I will also contribute a song called Power Play which has the element of rock, to nasyid group Firdaus’.
PETALING JAYA: Lovely Waheeda continues to have a large following despite newcomers crowding the local showbiz scene.
She has just completed her fifth film, Nana Tanjung, together with Jehan Miskin and Fasha Sandha. “I play the role of Balqis, a trendy girl; a daughter who is quite stubborn, but not rude to her parents,” she said. The movie is expected to be released by the end of the year.
Waheeda is also looking forward to her second album next month. She contributed three of the songs – one in Malay and two in English. Composers Yassin, Farihin, Trabye dan Catt Ruffedge also contributed to the album.
Waheeda, who previously wrote an English number titled Lament for the nasyid group Devotees, said the hip-hop factor in that song was her way of reaching out to listeners.
“I will also contribute a song called Power Play, which has the element of rock, to nasyid group Firdaus,” said Waheeda. She intends to help keep alive nasyid music.
“I don't mind if my career does not last long. I like life behind the scenes, and to maintain a low profile,” she said, adding that her dream was to set up her own production company so that she could continue writing songs for nasyid artistes.
Waheeda also said that she might be getting married but declined to talk more about her alleged close relationship with Hafiz, a member of the nasyid group UNIC.
Disunting dari:
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0605&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=hi_05.htm&arc=hive
Sentuhan Waheeda dalam Devotees
Oleh: Tajaiyah Ihsan
BARANGKALI Devotees merupakan kumpulan yang bertuah kerana mendapat sentuhan daripada mereka yang berpengalaman dan gah dalam industri hiburan tanah air.
Berbekalkan kata-kata hikmat ``Benarlah tiada bahagia tanpa iman, benarlah tiada kebahagiaan tanpa Islam,'' Devotees melangkah berani membawa gaya muzik yang berbeza sedikit dengan kumpulan nasyid yang lain.
Ia berlandaskan muzik dunia atau world music dan pop dakwah sambil menampilkan nasyid, dance, hip-hop dan rap.
Barisan tenaga yang memberi sentuhan mantap dan penuh bertenaga pada album ini ialah Yasin, Abu Bakar (Raihan), Manis Helma (Hijjaz), Putra Aiman (Hijjaz Records), Ada Exists, Arredza (DME Records) dan Waheeda.
Waheeda berjaya mempamerkan bakatnya mencipta dan menulis lagu yang berjudul Lament (Inggeris) dan telah disampaikan Devotees dengan baik.
Malah sejak berkenalan rapat dengan Waheeda, Devotees, yang terdiri daripada empat remaja yang kini melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sudah mula terasa kemesraannya seperti adik-adik dan kakak.
``Waheeda macam seorang kakak yang bukan sahaja memberi lagu dan sokongan kepada kami malah melayani kami seperti adik-beradik sendiri. Itu yang best,'' kata Adi Akmal Sehrom salah seorang anggota Devotees.
Selain Adi yang berasal dari Johor, Devotees turut dianggotai Abd. Halim Ahmad (Johor), Ahmad Shauqi Abu Kassim (Johor) dan Muhammad Mohd. Tawil (Sabah).
Rata-rata, baik Adi, Halim, Shauqi mahupun Muhammad begitu seronok kerana berpeluang mendapat pengetahuan dan pengalaman bekerja dengan nama-nama besar dalam bidang nasyid.
Apalagi turut berduet dengan Yasin dalam lagu Mencari Cinta. Ia bagaikan impian yang tidak pernah mereka impikan selama ini.
Lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah Tika Dini Hari (Manis Helma/Frisdan), Mahar Cinta (Manis Helma/Frisdan), Alpha rap bersama kumpulan Akhbar Brothers.
Istana Kasih (Arredza), Luahan Rindu (G-Nola Exists/Syamier), Hijrah Menuju Allah (Abu Bakar/Zakaria Sungib), Tragedi Diana (Putra Aiman/Ust. Pahrol Md. Juoi) dan Lament (Waheeda).
Berlatarbelakangkan pendidikan agama dan akademik yang cemerlang, keempat-empat anak muda ini menyasarkan album ini untuk remaja dan peminat nasyid.
``Namun kami percaya album ini boleh menembusi selera peminat yang lain kerana muzik dan persembahannya yang kontemporari dan disenangi angkatan muda,'' kata Pengurus A&R DME Records (M) Sdn. Bhd. Irwan Idris.
Mudah-mudahan dalam mengingati diri sendiri dan mengingati rakan-rakan remaja, mereka berharap benar kehadiran Devotees memberi kebaikan sekali gus memberi satu lagi pilihan buat pendengar dan peminat seni tanah air.
Sepatah kata pengurus Devotees, Sham dia yakin keempat-empat anak muda ini mampu memberi yang terbaik dengan sajian yang terbaik juga.
Ini kerana, mereka juga berbakat dan telah melalui uji bakat sebelum digabungkan menjadi satu kumpulan.
Pihak DME juga dalam perancangan untuk memasarkan album Devotees ke Indonesia dan mereka berharap mudah-mudahan ia akan menjadi realiti.
Album Devotees yang diedarkan Nar Records ini berharap matlamat untuk mencapai jualan sekitar 15,000 unit akan tercapai memandangkan beberapa single daripada album ini sudah mula diputar dan mendapat maklum balas yang cukup menggalakkan.
Cita-cita? Devotees sekali lagi mengharapkan album ini berjaya memenuhi selera semua golongan pendengar dan memberi kesan yang baik terhadap remaja.
Akhirnya mereka berharap akan mencatat kejayaan yang cemerlang dalam pengajian masing-masing. Selamat mendengar!
Disunting dari:
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1023&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=hi_06.htm&arc=hive
Syarikat rakaman berkumpul anjur buka puasa
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
INDUSTRI rakaman berada dalam keadaan tenat. Insiden ini bermula semenjak hampir satu dekad lalu apabila industri berhadapan dengan pelbagai masalah besar, terutamanya cetak rompak pada tahun 1997.
Namun banyak penggiat seni percaya masih ada cahaya di hujung terowong yang gelap dan gelita. Langkah pertama sudah tentu dengan penyatuan insan-insan seni dari segala landasan cabang seni.
Apa lagi yang boleh dilakukan, selain daripada bersatu? Sekurang-kurangnya ini adalah permulaan kepada langkah kedua yang bakal menyusul.
Dan langkah penyatuan itu bermula Selasa lalu. Majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), di PWTC bukan berbuka puasa biasa.
Sebaliknya ia menghantar makna yang cukup besar - penyatuan mereka yang terlibat dalam bidang muzik di negara ini.
``Ini adalah sambutan kita bersama-sama yang pertama. Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh RIM sebagai manifestasi bahawa industri rakaman merupakan satu komuniti yang bersatu, kuat dan teguh,'' kata Pengerusi RIM, Sandy Monteiro.
Ada yang bertanya, kenapa baru sekarang RIM melakukannya? Bukankah sepatutnya ia sudah lama bermula, dulu lagi sementelah pelbagai masalah berkaitan dengan industri tidak pernah berakhir?
Sandy ada jawapannya.
``Sebelum ini syarikat rakaman buat majlis sendiri-sendiri sahaja. Memandangkan industri ini berada dalam pelbagai masalah, ada baiknya kalau kita bersatu dan anjurkan bersama-sama seperti ini.
``Kata orang, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hari ini kita sama-sama memikul apa juga masalah berkaitan industri,'' kata Sandy lagi.
Kesusahan dan kesengsaraan dilupakan seketika dalam acara yang motif utama untuk menjalinkan tali silaturahim ini.
Ramai artis positif dengan acara ini dan memuji usaha RIM menganjurkannya. Seboleh mungkin mereka mahukan acara ini terus diadakan pada tahun-tahun hadapan.
Syarikat rakaman juga tidak terkecuali untuk turut serta dengan cara membeli meja-meja yang diperuntukkan oleh RIM. Banyak artis popular juga dibawa oleh syarikat rakaman bagi memeriahkan acara ini.
- Misha dapat platinum
Riak bangga bercahaya daripada air muka penyanyi Misha Omar. Kala majlis ini, Misha menerima anugerah yang amat bermakna dalam kerjaya seninya.
Anugerah platinum yang disampaikan sendiri oleh Sandy hasil kejayaan album Aksara yang terjual melebihi 25,000 unit di pasaran.
Aksara diterbitkan oleh syarikat rakaman Sony Music dan merupakan album kedua penyanyi manis ini. Selain Misha, album kumpulan dari Indonesia, Peterpan juga menerima platinum.
Ia adalah atas kejayaan manis album Bintang Di Syurga yang terjual melebihi 150,000 unit di sini. Bintang Di Syurga adalah album pertama Peterpan yang menembusi pasaran negara ini.
``Misha anggap anugerah ini adalah pencapaian yang membanggakan. Tak sangka, ketika jualan album rakaman terjejas teruk, Aksara mampu mencatat kejayaan sehingga ke tahap ini.
``Saya tahu orang mungkin anggap 25,000 unit yang kecil dibandingkan dengan album artis-artis terdahulu yang terjual ratusan ribu unit, tetapi ini adalah realiti masa sekarang,'' kata Misha sambil mendakap erat anugerah platinum yang menjadi miliknya.
Dalam pasaran yang berjerebu ini, jualan 25,000 bukan sesuatu yang senang untuk diperoleh, ujar Misha.
``Sebab itu saya kata anugerah ini adalah satu pencapaian peribadi yang membuatkan saya rasa berbaloi dengan usaha yang telah saya lakukan,'' katanya.
Anugerah untuk Peterpan disampaikan kepada Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke di majlis yang sama.
Meriah dengan persembahan artis makan-makan, jumpa kawan-kawan, berseloka dan bermesra sambil mengerat silaturahim, acara ini juga membawakan persembahan hiburan sebagai selingan.
Banyak artis yang menyumbangkan suara mereka memeriahkan acara ini, terutamanya menghiburkan hati puluhan anak yatim dari Asrama Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam, Selangor yang menjadi tetamu istimewa dalam majlis ini.
Asrama berkenaan tidak mendapat sebarang sumbangan dari agensi kerajaan dan hanya mengharap kepada derma ikhlas orang ramai untuk aktiviti penyelarasannya.
Membuka tirai persembahan ialah kumpulan Brothers dan Devotees. Sementara gabungan empat nama Amy Mastura bersama empat bintang Malaysian Idol Daniel, Nita, Faizll dan Farah dengan sebuah lagu Hari Raya memunculkan rasa tidak sabar menyambut kehadiran 1 Syawal yang bakal berkunjung dua minggu saja lagi.
Turut membuat persembahan ialah New Boyz, Lipz, Saidatul Erma, Sofaz, Siti Nurdiana, Ellyana, Achik, Mamat, Fairuz, Quest dan Alif Azfar.
Di tengah-tengah rasa teruja artis-artis muda membuat persembahan, tidak ketinggalan M. Nasir yang rancak dengan lagu Satu Hari Di Hari Raya di pentas.
Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya oleh pihak RIM kepada anak-anak yatim berkenaan.